Thursday, April 21, 2011

hati - hati dengan melamine..

Assalamualaikum semua..

Ari ni AJ xrasa nak kongsi aktiviti AJ hari..sebab kalau duk sibuk cerita pasal aktiviti harian je bosan gak…lagipun tak ada yang menarik pun dalam hidup AJ ni selain g kelas balik kelas..dari pagi sampai petang kat kelas je..agak membosankan~
Hari ni AJ ada sesuatu nak kongsi dengan korang2 semua..bagi AJ la kan menda yang AJ nak share kat korang ni penting dalam hidup kita seharian..mungkin ramai yang dah tahu pasal hal ni,tapi AJ nak kongsi jugak untuk kebaikkan kita semua..pernah tak korang semua dengar pasal melamine?? Ha! kalau yang dah tahu tu,boleh la angap apa yang AJ cakap ni sebangai penambah ilmu je..bagi yang tak tahu tu,yok! sama2 kita amik tahu..orang kata ilmu yang berguna melalui pembacaan..
 
Errmm secara logic akalnya Melamine ialah bahan organik yang terdapat secara meluas dalam rantaian makanan termasuk migrasi dari bahan plastik dan contact materials semasa pemprosesan dan pembungkusan. Korang nak tahu tak kesan melamine bila berada pada aras yang tinggi boleh mengakibatkan pembentukan batu karang pada ginjal korang dan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang. KKM (kementerian kesihatan malaysia ) dah tetapkan syarat buat masa ini action level buat melamine hanya 1 mg/kg bagi makanan bayi dan 2.5 mg/kg atau 2.5 bahagian setiapjuta (parts per million – ppm) bagi makanan lain.
 
Action level ini akan dikaji dari masa ke semasa berdasarkan perkembangan saintifik dan maklumat terkini tentang melamine ni..ermm korang nak tahu tak sebenarnya KKM dah kaji selidik lebih kurang 1,084 produk dari 37 syarikat dan produk2 tersebut tak mengandungi melamine..semua produk2 ni bebas daripada ramuan susu atau hasil tenusu diperolehi dari Negara Cina..

Walau bagaimanapun, pihak KKM sentiasa memantau produk dalam senarai tersebut. Sekiranya terdapat perlanggaran, tindakan tegas akan diambil dan didakwa di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara 2 selama tempoh tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya sekali. 

Ermm berat kan hukuman tu,tapi kalau dipikirkan balik, semua yang dibuat untuk memastikan kita semua mendapat makanan yang bersih dari segala bahan yang boleh memudaratkan kesihatan korang semua..dalam islam sendiri ada mengatakan, carilah sumber rezeki kamu daripada sumber yang halal,apa yang kita makan akan mempengaruhi fizikal dan tingkah laku kita sebenarnya..

Sampel produk2 yang diorang dah ambil akan dianalisis oleh Jabatan Kimia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Pusat Kawalan Doping di bawah Universiti Sains Malaysia dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan di bawah KKM bagi memastikan ia mematuhi standard sebelum dibenarkan untuk dijual di pasaran. Kalau korang2 semua masih ragu2 dengan apa yang AJ cakap ni,Korang boleh kilk kat sini..http://fsq.moh.gov.my



 melamine dipasaran

Jumlah Penyitaan Produk Makanan Yang Disyaki Tercemar
dengan Melamine
Bil. Kategori Jumlah
Penyitaan Nilai (RM)
1 Bijirin, Hasil Bijirin, Kanji dan Roti 83 7,599.00
2 Buah dan Hasil Buah 5 166.21
3 Ikan dan Hasil Ikan 5 50.60
4 Kekeras dan Hasil Kekeras 47 9,517.40
5 Konfeksi 1,449 462,586.98
6 Minuman Ringan 3 50.00
7 Produk Coklat 437 80,932.60
8 Susu dan Hasil Susu 360 84,178.77
9 Teh 1 12.50
JUMLAH 2,390 645,094.06
Angka kumulatif: 24/9/2008 hingga 4/10/2008

Produk Makanan Yang Dianalisa Dan Didapati
Mematuhi Standard Bagi Melamine
1. Chocolate Coated Wafer (Passion)
2. Oreo White Chocolate Wafer Stick (Kraft)
3. Mini Cornetto Chocomint & Tiramisu Flavoured (WALL’S)
4. Moo Soft Cookie Sandwich (Wall’s)
5. Susu Tepung 123 Honey (Dutch Lady)
6. Susu Berperisa Strawberry (Dutch Lady)
7. Susu Tepung Rumusan Bayi (Frisolac)
8. Mini Poppers Vanilla Flavoured (WALL’S)
9. Mini Poppers Strawberry Flavoured (WALL’S)
10. Honey Stars (Nestle)
11. Drumstick Minis Chocolate (Nestle)
12. Drumstick Minis Vanilla (Nestle)
13. Soft Cookies Sandwich (WALL’S)
14. Baby Bites Carrot (Take One)
15. Baby Bites (Take One)
16. Konfeksi ais perisa yogurt dengan buah pic, kismis dan
nenas (King’s Frutto)
17. Ais krim Perisa Vanilla dengan sos coklat (King’s)
18. Wall’s Mini Cornetto (WALL’S)
19. Susu Tepung Penuh Krim (Dailylac)
20. Susu Tepung Skim (Sunlac)
21. Chocolate (Ginnou)
22. Choco Pie With Marsh Mallow (ORION)
23. Cream Wafer Strawberry Flavour (Garden)
24. Pop Pan Spring Onion Crackers (Garden)
25. Milk Chocolate (M&M)
26. Snicker Peanut Bar (Snickers)
27. Coconut Flavour Wafer (Megas)
28. Ball Cake Biscuits (Want-Want)
29. Currant Biscuits (Bairong)
30. Konjac Biscuits (Fruit & Fibre Biscuits) (Golden Fuji)
31. Chocky Biscuits Coated Strawberry (Chocky Stick)
32. Chocolate (Cherir)
33. Custard Sandwich Biscuits (Tilen)
34. Sugarless Sesame Crackers (Dotin)
35. Cracking Biscuits (Tilen Food)
36. Yogurt Jelly (Strong)
37. Milk & Oat Biscuits (Golden Fuji)
38. Sour Chew Candy (Orange) (Magic Chew)
39. Milk Tea 3 in 1 Instant Tea (Origlo)
40. Biskut (Winnie the Pooh & Friends) (Disney)
41. Jelly (Romantic Crystal Love)
42. Cream Black Coffee Biscuits (Tilen)
43. Cream Biscuits (Hua Sheng)
44. Walnut Cookies (Yi Feng)
45. Seaweed (Rice Crackers) (Want Want)
46. Tasty Bear Biscuits with Strawberry & Chocolate Filling (Hapi)
47. Candy (Kong Chui)
48. Skip Jack Filling (Vigour 888)
49. Pudding Jelly Stick (Motion)
50. Genuine Fruit Pudding (Tian-Tian)


amalkanlah makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Semoga melalui enrty AJ kali ni,korang akan dapat tambah pengetahuan korang..walaupun tak banyak pun,sikit pun tak pe,tu lagi penting..orang jawa pernah berfalsafah,sharing is caring..hehee~  pas ni cuba la cek sesuatu barang tu bila nak beli..sebab sekarang ni banyak sangat produk2 yang dihasilkan dari sumber yang diragui..suke AJ igatkan diri AJ dan korang semua,jagalah permakanan kita sebab iainya sebahagian dari diri kita..ilmu yang bermanfaat adalah untuk dikongsi,bukan untuk kunci dalam peti untuk kegunaan sendiri…

 terima kasih sebab sudi baca,harap korang semua akan lawat blog AJ ni lepas ni..thanks!

p/s : Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

3 comments:

  1. memang pun..kalau kita tak berhati2..sifu fakhrul thanks sebab follow blog AJ yang ntah pape ni...huhu hope fakhrul dapat komen apa yang patut k...teguran yang berguna amat diperlukan..:)) thanks lagi skali..

    ReplyDelete
  2. adoiii.........btl ka nih....setahun dh duk minum susu skim sunlac....adesss

    ReplyDelete