Saturday, April 23, 2011

amarah bumi pada manusia yang rakus dan tidak prihatin...

assalamualaikum...

sebenarnya sekarang ni tengah sibuk untuk menyiapkan report untuk praktikal tempoh hari, biasalah da last minute baru nak buat..kalau tak kena marah,memang tak siap lagi la report ni..heheh~ walau apa2 pun AJ akan amik sikit masa yang AJ ada untuk buat entry untuk hari ni...hope ada la yang sudi bace ye! sambil2 buat report tadi ,dengar mp3 kat laptop ni,tetiba keluar lagu zainal abidin - hujan..mesti korang tahu kan lagu tu?? lagu tu menceritakan pasal cinta pada alam..lebih kurang macam macam tu la...tetiba  AJ rasa dapat idea nak buat entry apa untuk kali ni...

dewasa ini AJ perhatikan bumi ini semakin hari semakin panas...cuaca global pun tak menentu..sampaikan tak dapat nak jangka..kadang-kadang itu dalam pukul 9 pagi pun cuaca macam tengah hari..panas sangat..! korang nak tahu tak macam mana iklim bumi ni kian berubah dari masa ke semasa, kat sini AJ akan cerita serba sedikit macam mana fenomena ni terjadi..pemanasan gobal ni boleh la dikatakan berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia..suhu bumi telah meningkat 2 darjah dan kadarnya tak sama mengikut benua..kajian dah dibuat dan mendapati benua artik lebih cepat jadi panas kalau nak dibanding dengan benua lain..

dan kajian jugak mengatakan,bukan AJ pandai2 cakap taw,huhu pakar2 sains dah meramalkan keseluruhan air laut akan cair pada musim panas 2099..korang nak tahu tak..mungkin masa jugak tu paras air laut pun akan naik secara mendadak sebanyak 7 meter..walaupun masa tu bagi korang semua jauh lagi..tapi bagi AJ keadaan ni amat membimbangkan sebab mungkin bumi ni dah tak mampu menampung penduduk bumi bila keadaan iklim yang tak menentu..lihat je sekarang ni,sana sini dilanda fenomina alam..contohnya tak perlu amik jauh2, dekat KL tu sekarang ni kerap banjir, nak cakap tahap kepanasan tu lagi la tinggi..korang sendiri sendiri pun tahu kan?? kat mana2 pun sama..

kenapa semua ni terjadi...pernah tak kita semua pikir?? AJ rasa seolah2 sekarang ni bumi tengah bertindak balas dengan tindakan manusia selama ni... cuba kita renung sejenak apa yang manusia dah lakukan terhadap bumi ni?? adakah bumi yang bersalah jika terjadi kejadian banjir, kemarau panjang, ribut taufan, puting beliung?? bagi AJ tak ada siapa yang lakukan semua tu selain kita MANUSIA..


cuba kita singkap balik dan pikir sedalam2nya dah berapa banyak hutan2 ditarah dengan sesuka hati, sampah dibuang merata2, pembakaran secara terbuka, dan banyak lagi kalau nak di ceritakan.. AJ tak nak cakap banyak la..cuma kita kena pikir dan kena bertindak sebangai seorang insan..buatlah untuk generasi akan datang...keadaan sekarang ni cukup membimbangkan...dah tak boleh nak dibiarkan lagi..kalau tak kita akan mewariskan bumi yang panas untuk anak dan cucu, cicit kita..

 sanggup ke kita hidup dalam keadaan macam ni..fikir2kan lah....


baru2 ni malaysia sama2 menyertai kempen earth hour yang diadakan diseluruh negara yang menyertainya dengan harapan dapat mengurangkan pemansan global..kempen ni bagi AJ amatlah bagus sebangai pemulaan sesuatu yang lebih serius lepas ni..mungkin lepas ni akan dilakukan tiap bulan..mana tahu kan? harapan AJ ialah bumi boleh kembali macam dulu, bukan kita je, tapi haiwan2 boleh hidup dengan aman.. 




terima kasih sudi baca...moga korang semua dapat menfaat daripada entry AJ kali ni.. sekian~

p/s : sayangi bumi kita!

2 comments:

  1. yerp sy setuju sgt2 AJ ..~ dunia akhir zaman
    gempar2 bumi sehingga menyerbabkan tsunami di jepun.. manusia tahu akan bahana dan bahaya yerr radioaktif atau lebih di kenali sbg nuclear.. akan menyebabkan makhluk2 bumi sengsara.. tp loji nuklear ttp di lakukan.. tak ckup dgn cenobil.. yg berlaku di rusia..smpai skrg manusia xboleh pergi ke kawasan tu ... skrg di jepun .. dgr kabar kesan radioaktif itu akan smpai ke malaysia.. melalui laut.. ~
    mintak d'elakkan lah ..
    *apabila manusia tidak belajar dari kesilapan ..

    ReplyDelete
  2. betul tu zacky..AJ pun kedang2 geram dengan ape terjadi..memang kesan radioactive akan sampai kat sini..tapi mintak kita semua dijauhkan semua tu..sebenarnya manusia hanya pndai menyalahkan daripada mancari punca masalah..

    ReplyDelete