Tuesday, May 3, 2011

tanda-tanda ajal sedang menungu kita...

Assalammualaikum..salam uhkuwah buat semua...

BACALAH DENGAN TELITI!!!

TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

terima kasih sebab sudi baca..entry kali ni sekadar untuk renungan kita bersama untuk sentiasa ingat mengigati antara 1 dengan yang lain..semoga kita semua dapat bersedia dengan ketentuannya..ingat la wahai manusia,sesungguhnya setiap yang hidup akan kembali padaNYA.. 
p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..


warkah dari anakmu buatmu ibu yang ku punya..

oh ibu...
sesungguhnya dirimu amat berharga buat diriku,
sesungguhnya dirimu tiada tandingan,
walaupun dikurniakan berjuta wanita,
tiada satu pun yang dapat mengantikanmu dihatiku.

oh ibu yang ku punya...
walaupun fitrahmu tidak seperti ibu-ibu yang lain,
walaupun rupamu elok dipandang,
tapi hakikatmu tiada yang mengerti,
amat berat penderitaanmu tiada yang peduli..

oh ibu yang ku punya...
walaupun dirimu tak sempurna akalmu,
walaupun kekurangan dirimu membataskan perbuatanmu,
anakmu ni amat senang dengan kehadiranmu,
tidak terlintas untuk rasa menyesal atas kurniaan ilahi.

oh ibu yang amatku rindui..
biarpun luaranku mengambarkan ketabahan hatiku,
walaupun bibit-bibit mukaku mengambarkan kegembiraanku,
hakikatnya diriku kosong tanpamu disisi,
tiada peneman untukku mengadu.

oh ibu yang ku punya..
walaupun sejak azaliku tidak mendapat kasih-sayangmu,
walaupun diriku tidak merasai erti kasih-sayang seorang ibu,
aku mengerti atas apa yang terjadi,
aku tak pernah menyalahkan mu ibu atas kekuranganmu.

oh ibu yang ku punya..
biarpun buruk sifatmu dimata yang melihat,
biarpun banyak tomahan dek keburukan perwatakanmu,
tapi, bagiku dirimu bidadari dihatiku,
tiada yang dapat mengantikan tempatmu sampai akhir hayatku.

terkadang aku terfikir..
kenapa masih ada yang sanggup buang ibu&bapa mereka,
adakah ia satu bebanan bagi mereka??
aku amat2 tak paham dengan golongan macam ni,
tu bukan manusia tapi.......

terkadang aku terfikir..
kenapa masih ramai bersikap kurang ajar pada orang tua mereka,
perasaan aku jadi geram,marah, benci tiap kali melihat semua ni,
kenapa mereka2 ni tak boleh hargai peluang yang selama ni aku nanti,
sedangkan aku yang berkehandak semua tu tak dapat..

yaALLAH..
sesungguhnya aku amat bersyukur atas pemberianmu terhadapku,
tiada rasa menyesal atas pemberianmu itu,
sesungguhnya engkau lebih mengerti dengan setiap yang engkau ciptakan,
dan aku yakin ada hikmah yang baik2 buat diriku..

buat ibuku yang ku punya hingga hayatku..
ingatlah tiada perasaan menyesal dengan apa yang terjadi terhadapmu,
sebab anakmu tahu, itu semua bukan kehendakmu,
anakmu terima seadanya dirimu..
dan paling penting yang perlu ibu tahu,anakmu ni amat kasihkanmu..

untuk terakhir kali wahai ibuku..
andai noktah terakhir ni buat anakmu ni,
anakmu ni hanya nak ibu tahu,
anakmu ni amat menyayangi ibu walaupun anakmu ni ego untuk tunjuk perasaan sayang tu,
buat ibuku yang ku punya, anakmu kasihkan ibu dan sentiasa rindukan ibu..

terima kasih sebab sudi baca..AJ amat menghargainya..AJ amat sentimental malam ni, hehe ntah la tak tahu nape?? pe yang AJ coretkan dalam entry AJ kali ni atas apa yang dah terjadi dalam kehidupan AJ..semoga korang semua mendapat menfaat darinya..sayang la ibu&bapa korang sebelum terlambat.. sila klik di SINI, semoga korang semua mendapat sesuatu bila tengok video ni..salam uhkuwah buat semua pembaca...assalamualaikum

p/s: hargailah ibu&bapa selagi ia masih ada,tiada kata terlambat untuk berubah..dah tiada guna nak meratap or menyesal bila kehilangan..sayangi kedua2nya dan bahagiakanlah mereka dengan kasih sayang dari anak yang soleh dan solehah.



Saturday, April 30, 2011

UP Network - Jana Untung Pantas

assalamulaikum semua...

ni adalah entry AJ kedua untuk ari ni, tak pernah2 buat entry buat entry lebih.. entry kali ni AJ nak kongsi kat korang semua pasal satu laman web ni...AJ baru pas terbaca td..rasa cam menarik untuk kongsi untuk teman2 semua..korang pernah dengar pasal TV UP Network..? 

TV UP Network ialah 1 siaran TV melalui jalur lebar merupakan satu lagi kecanggihan internet masa kini, di negara Asia Tenggara network ini masih agak baru dan masih ramai pengguna internet tidak berapa mengenali teknologi ini. Tapi kalau disebut Youtube atau download movie dan yang seaktu dengannya ramai yang akan faham. Penerangan lanjut tentang network ini boleh diikuti di laman website TV UP Network


melihat siaran HBO,ESPN,STAR MOVIES melalui computer??

korang leh dapatkan siaran TV UP Network di komputer korang sendiri tak pun kat komputer. tak pun korang leh tengok melalui i-Pad korang..senang kan?? tak payah da nak amik astro lagi.. dengan harga yang berpatutan korang leh tengok pelbagai siaran TV yang korang suke..tak de sapa nak marah pun..perisian yang hebat ni membolehkan korang untuk menonton pelbagai siaran TV UP Network melalui teknologi streaming. korang gak dapat menikmati akses penuh ke semua siaran TV UP Network dari mana-mana sahaja di seluruh dunia. hebat kan??
  

siaran TV UP Network boleh didapati dengan kos yang amat murah berbanding siaran TV berbayar yang lain. tiada peralatan tambahan yang diperlukan untuk menikmati servis ini. apa yang anda perlukan hanyalah keahlian serta perisian kami, komputer peribadi dan  Internet  klik kat sini kalau korang nak info lebih lanjut.

siaran hebat tanpa had??

kat TV UP Network diorang sediakan  siaran-siaran yang terbaik untuk pelanggan die. terdapat pelbagai rancangan menarik untuk sajian seluruh keluarga, contohnya rancangan kartun untuk kanak-kanak, rancangan realiti, rancangan muzikal, rancangan berita, rancangan berbentuk ilmiah, filem-filem menarik dan lain-lain lagi. Antara siaran yang bakal anda tonton di TV UP Network adalah Star Movies, HBO, CNN, MSNBC, BBC, Discovery dan ESPN.


Percayakah anda sambil menonton anda boleh jana lebih pendapatan? Dengan TV UP Network anda boleh lakukannya.


bagaimana caranya?

untuk langkah pertama bagi mereka yang nak tengok-tengok dulu mudah saja klik laman web ini TV UP Network dan korang daftar sebagai ahli percuma dahulu dan lihat bagaimana sistem ini berfungsi.
Selepas itu anda bolehlah menaiktarafkan keahlian sebagai ahli Premium. Tapi ni sebangai nasihat je,korang jangan menunggu terlalu lama untuk bertindak, kerana TV UP Network ini masih agak baru dan peluang anda masih sangat cerah untuk menmbah pendapatan dengan lumayan. 

terima kasih sebab sudi bace...semoga kita sentiasa mendapat ilmu yang bermanfaat..

p/s: tak salah kalau kita cuba sesuatu yang baru...

aku dah kahwin sekarang!!

assalamualaikum, salam uhkuwah buat semua...

terdahulu AJ hope korang semua ada dalam keadaan sihat hendaknya...rasenya agak lama AJ tak update blog AJ ni oleh kerana sebab2 yang tak dielakkan ditambah dengan ketidak ketentuan diri ni..jiwa AJ sejak kebelakangan ni agak berkacauan dengan macam2 masalah permasalahan yang timbul..

ohhh tidakk banyak lagi perkara2 yang masih belum settle..tu la akibat bila buat kerja last minute..!! padan muka aku...~ (^^.) 

entry kali,AJ nak share 1 cerita yang bagi AJ banyak pengajaran yang boleh kita ambil..cerita ni bukan AJ yang olah,tapi AJ tergerak hati nak share sebab AJ banyak belajar banyak perkara melalui cerita ni..ermm tanpa membuang masa kan..korang layan jela sampai abis k..walaupun cerita ni agak panjang,tapi AJ hope korang sudi bace sampai abis cerita ni k..cerita nya begini.................................

aku dah kahwin sekarang. bini aku memang baik sangat2. tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dulu. masa belum kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap dengan laki. member2 memang puji la cara dia. so memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so takde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 dengan laki..

cantik? Memang la, kalau tak aku comfirm tak sangkut punyer. Haha. cantik pada mata aku la. member2 pun ade yang cube usha. sory le dia nak layan. Haha. memang market. last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. nama panggilan dia Ara. nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, pergi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, memang kena kutuk kaw2 la aku. sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? aku cakap x sgt. bapak dia tanya lagi, kenape nak kahwin dengan anak dia? aku cakap sebab minat. minat sebab ape? aku cakap x tau.. habis kalu x dapat anak dia? aku cakap nak jugak! bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? aku jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

masa tu rasa down gile. bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal aku.. ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. time tu aku dah terpikir nak usha calon lain je. aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni aku memang kamceng giler. yang ni pulak nama dia Ika. aku memang selasi lah dengan minah ni. Haha.. tapi last2 orang lain gak yang aku pinang.

hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya.. jeng3..tak sepertit yang aku jangka. Haha. aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku dengan Ika. time aku bagitahu Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah tak jumpa.

lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. tapi cool semacam la pulak. sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. kalau aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.

Monday, April 25, 2011

aku dan kejadian wayferer

Assamalamulaikum semua…

Selamat pagi..awal betul bangun pagi ni sebab tersentap dari tidur yang panjang..agaknya sudah lama AJ tak update blog AJ buat masa terdekat ni atas hal2 yang tak dapat dielakkan..AJ amatlah merindui blog ni walaupun follower AJ sedikit, AJ syukur sangat2..sekurang2nya ada yang nak follow..kan?? kan? Sebenarnya tempoh hari AJ sempat keluar bersiar2 bersama teman2 seperjuangan menikmati kesibukkan bandar KL..sambil mengayakan pakaian yang simple dan dilengkapkan dengan wayfarer sebangai pelingung mata dari sinaran matahari..entry ni bukan nak cerita pasal aktiviti yang AJ lakukan minggu lepas..tapi terkadang AJ mengunakan wayfarer tu AJ terpikir,macam mana asal usul wayfarer ni..pakai je tahu.. kat sini AJ ada sedikit sebanyak info tentang wayfarer ni.. mari kita sama2 singkap kembali kejadian wayfarer dimuka bumi ni..hehe harap2 ada yang sudi mendengarnya.. 

Cermin mata Ray-Ban wayfarer ni telah dihasilkan oleh Ray-Ban sejak tahun 1952, ketika itu mereka mengurangkan  revolusi dari kacamata logam. wayfarer  popular pada  awal 1950-an dan 1960-an. Walau bagaimanapun wayfarer kurang mendapat tempat diantara tahun  1970-an, tetapi pada tahun 1982, wayfarer kembali mendapat tempat dikalangan pengguna dan menjadi semakin popular sehingga la ke hari ni.. 

wayfarer juga dikatakan  antara design cermin mata yang terbaik dalam sejarah dan telah diumumkan sebangai design classic moden dan menjadi salah satu ikon fesyen yang paling digemari dari abad ke 20.

Wayfarer ini telah direka pada tahun 1952 oleh pereka optik yang bernama Raymond Stegeman.. seperti biasa lah setiap produk tu mestilah pernah mengalami pasang surut,begitu jugak dengan wayfarer ni..Pada tahun 1990an, wayfarer kembali tidak jadi popular disebabkan keluarnya design2 baru yang lebih menarik perhatian pengguna ketika tu.. 

Pada tahun 2001, wayfarer telah dikemas kinikan reka bentuknya (RB2132), dengan reka bentuk yang lebih kecil,berubah dari menggunakan asetik kepada supaya lebih ringan..perubahan tu dibuat bertujuan untuk memperbaharui design frame lama ketika wayfarer tidak mendapat sambutan dan untuk menarik kembali pengguna untuk memakai wayfarer ..


 reka bentuk wayferer pas jalani proses transformasi
 
Korang semua nak tahu tak sapa diantara mereka2 yang femes pernah gunakan wayferer ni..diantaranya Audrey Hepburn pernah filem Breakfast at Tiffany's pada tahun 1961.
Model kacawayferere ni juga pernah digunakan oleh Audrey Hepburn dalam Breakfast at Tiffany's,antara tokoh2 yang pernah memakai wayferer ialah John F. Kennedy, Bob Dylan, Ryan Adams, Jack Nicholson, Andy Warhol, Roy Orbison, dan Don Johnson.

John F. Kennedy

diharapkan korang dapat sedikit sebanyak info tentang wayferer ni..terima kasih sebab sudi baca..harap korang sudi lawat blog AJ ni lagi k..