Tuesday, May 3, 2011

tanda-tanda ajal sedang menungu kita...

Assalammualaikum..salam uhkuwah buat semua...

BACALAH DENGAN TELITI!!!

TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

terima kasih sebab sudi baca..entry kali ni sekadar untuk renungan kita bersama untuk sentiasa ingat mengigati antara 1 dengan yang lain..semoga kita semua dapat bersedia dengan ketentuannya..ingat la wahai manusia,sesungguhnya setiap yang hidup akan kembali padaNYA.. 
p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..


warkah dari anakmu buatmu ibu yang ku punya..

oh ibu...
sesungguhnya dirimu amat berharga buat diriku,
sesungguhnya dirimu tiada tandingan,
walaupun dikurniakan berjuta wanita,
tiada satu pun yang dapat mengantikanmu dihatiku.

oh ibu yang ku punya...
walaupun fitrahmu tidak seperti ibu-ibu yang lain,
walaupun rupamu elok dipandang,
tapi hakikatmu tiada yang mengerti,
amat berat penderitaanmu tiada yang peduli..

oh ibu yang ku punya...
walaupun dirimu tak sempurna akalmu,
walaupun kekurangan dirimu membataskan perbuatanmu,
anakmu ni amat senang dengan kehadiranmu,
tidak terlintas untuk rasa menyesal atas kurniaan ilahi.

oh ibu yang amatku rindui..
biarpun luaranku mengambarkan ketabahan hatiku,
walaupun bibit-bibit mukaku mengambarkan kegembiraanku,
hakikatnya diriku kosong tanpamu disisi,
tiada peneman untukku mengadu.

oh ibu yang ku punya..
walaupun sejak azaliku tidak mendapat kasih-sayangmu,
walaupun diriku tidak merasai erti kasih-sayang seorang ibu,
aku mengerti atas apa yang terjadi,
aku tak pernah menyalahkan mu ibu atas kekuranganmu.

oh ibu yang ku punya..
biarpun buruk sifatmu dimata yang melihat,
biarpun banyak tomahan dek keburukan perwatakanmu,
tapi, bagiku dirimu bidadari dihatiku,
tiada yang dapat mengantikan tempatmu sampai akhir hayatku.

terkadang aku terfikir..
kenapa masih ada yang sanggup buang ibu&bapa mereka,
adakah ia satu bebanan bagi mereka??
aku amat2 tak paham dengan golongan macam ni,
tu bukan manusia tapi.......

terkadang aku terfikir..
kenapa masih ramai bersikap kurang ajar pada orang tua mereka,
perasaan aku jadi geram,marah, benci tiap kali melihat semua ni,
kenapa mereka2 ni tak boleh hargai peluang yang selama ni aku nanti,
sedangkan aku yang berkehandak semua tu tak dapat..

yaALLAH..
sesungguhnya aku amat bersyukur atas pemberianmu terhadapku,
tiada rasa menyesal atas pemberianmu itu,
sesungguhnya engkau lebih mengerti dengan setiap yang engkau ciptakan,
dan aku yakin ada hikmah yang baik2 buat diriku..

buat ibuku yang ku punya hingga hayatku..
ingatlah tiada perasaan menyesal dengan apa yang terjadi terhadapmu,
sebab anakmu tahu, itu semua bukan kehendakmu,
anakmu terima seadanya dirimu..
dan paling penting yang perlu ibu tahu,anakmu ni amat kasihkanmu..

untuk terakhir kali wahai ibuku..
andai noktah terakhir ni buat anakmu ni,
anakmu ni hanya nak ibu tahu,
anakmu ni amat menyayangi ibu walaupun anakmu ni ego untuk tunjuk perasaan sayang tu,
buat ibuku yang ku punya, anakmu kasihkan ibu dan sentiasa rindukan ibu..

terima kasih sebab sudi baca..AJ amat menghargainya..AJ amat sentimental malam ni, hehe ntah la tak tahu nape?? pe yang AJ coretkan dalam entry AJ kali ni atas apa yang dah terjadi dalam kehidupan AJ..semoga korang semua mendapat menfaat darinya..sayang la ibu&bapa korang sebelum terlambat.. sila klik di SINI, semoga korang semua mendapat sesuatu bila tengok video ni..salam uhkuwah buat semua pembaca...assalamualaikum

p/s: hargailah ibu&bapa selagi ia masih ada,tiada kata terlambat untuk berubah..dah tiada guna nak meratap or menyesal bila kehilangan..sayangi kedua2nya dan bahagiakanlah mereka dengan kasih sayang dari anak yang soleh dan solehah.