Saturday, June 6, 2015

Cinta Realistik Bukan Pasif

Dihening senja,
Memerhati perjalanan ini,
Ragam asing yang lama ku duga,
Asam garam yang telah ku hadam.

Pertemuan ini diselitkan dengan rasa,
Rasa dari fitrah insani,
Jika disalah tafsir,
Rajuk la jiwa, butalah hati.

Mengapa perlu inginkan,
Jika ia bukan empunya,
Kelak hati berkaca,
Jika pecah tak akan serupa.

Diri,
Kau perlu realistik,
Mainan perasaan tu jahat,
Jangan diri tersungkur lagi.

Aku akan pergi,
Pergi aku bila kau tak memerlukan,
Rasa iri, dendam itu bukan aku,
Biar aku terus pasif disini...




Saturday, December 8, 2012

Sirraturrahim.

aku sendirian disini,
terbujur berdiri
ditengah kota dunia keagungan
kota "sardin" ciptaan manusia

ramai manusia disini
angkuh dan tidak bertegur-sapa
kosong perjalanan melihat telatah menusia
telatah manusia yang sukar difahami

aku terus berdiri
sambil terpikir sejenak
memikir kedewasaan manusia
yang penuh ''ketamadunan"

kesibukan isi bumi 
menyebabkan bumi yang semakin layu
kesibukkan yang membuat mereka alpa
tentang sirraturrahim

bagaimana perlu aku buktikan
bukankah sirraturrahim itu suruhan tuhan
sampai bila.
sampai bila harus begini

jika kita dilapangan
berdilan tidak pernah kenal kesihan
berdilan itu ibarat manusia
yang sibuk dengan hal sendiri

"Sembahlah kamu akan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan kepada ibu bapa berbuat baik, dan kepada saudara-mara ..."

 An-Nisa (4:36]

Sunday, October 28, 2012

Kau Pertama Dan Terakhir Bagiku..

Assalamualaikum semua, salam kerahmah buat semua..

ketika nukilan dihasilkan jam didinding telah menujukkan pukul 12.45 malam 28/10/2012...

MAK!! Itulah yang ada difikiran aku taktala ini, disaat aku mula titipkan ayat ini.. aku sangat hampir dengan mak..sayu hati aku melihat muka mak bila mak tengah tidur.. memang tiap kebiasaan bila balik Johor memang aku tidur dengan mak.. lantak la orang nak cakap aku ni anak mak ke tak..bagi aku selagi aku masih ada masa,ada ruang, aku tak akan sia-siakan..

 Tapi entri kali bukan aku nak cerita pasal ‘anak mak’ ke ‘anak abah’ ke, aku anak dari kedua-duanya.. aku cuma nak kongsi cerita, apa yang aku rasa sejak aku masih mula meniti kearah kedewasaan..disaat aku kosong dalam mencari arah hidup..disaat aku amat perlukan kasih sayang seorang ibu, aku kurang sesuatu disitu..

Segalanya berubah bila mak lahirkan adik, mak jadi ganguan..ganguan tu membuatan kehidupan kami sekeluarga jadi tak macam sebelumnya..tapi tak perlu rasanya aku ceritakan disini tentang ganguan tu..banyak mulut-mulut yang buat ‘dakyah’ yang bukan-bukan pasal mak..masa tu aku masih hijau, tak tahu apa tu erti kehidupan, tapi siapa kita nak tolak takdir..aku perlu kuat untuk membesar dengan acuan diri aku sendiri.. tapi…..aku cuma yakin dan aku sematkan dalam diri aku dari aku kecil iaitu “allah tu dah sediakan perjalanan hidup untuk aku dengan cantiknya, mungkin ini  adalah antara ranjau dalam harus aku tempuhi sebab aku yakin diakhir perjalanan tu akan ada nikmatnya yang selama ini aku cari”

Mungkin dulu aku masih hijau, aku tak kenal yang maha melihat.. aku selalu salahkan takdir mengapa aku, kenapa tak pada orang lain, dan jiwa aku sangat kosong.. jahilnya aku dulu, banyak buruk sangka pada allah selalu salahkan takdir. Dulu bila orang cakap mak gila, aku marah, aku belasah orang tu.. bagi aku bergurau benda lain boleh tapi jangan sebut nama mak..masa berlalu begitu pantas, kini aku lebih mengerti makna hikmah, apa itu redha.. bila aku mula paham semua tu, aku jadi lebih tenang..nikmat allah jadikan semua ini..cantiknya perjalanan hidup aku ni.. syukur alhamdulillah J

Tujuan aku bukan nak buka pekung didada, aku harap dalam bagi sedikit iktibar pada siapa yang membaca entri ini.. insyallah jika niat kita ikhlas akan beri kesan pada orang yang membaca.. dewasa ini kita sering dengar banyak kes buang parents, bagi aku semua tu tak patut berlaku.. sebab bagi aku ibu bapa dah cukup bagi kasih dan sayang, cukup bagi perhatian, cukup bagi segalanya..TAPI kenapa perlu biadap, kenapa sakitkan hati ibu dengan buat semua tu.. SEDANGKAN aku ni, yang teringin nak merasa semua tu, aku tak dapat..akan tetapi tentu sekali aku TAKKAN sesekali buat macam tu. Ingatlah siapa yang derhaka kepada ke dua ibu bapanya hidup tak akan dapat keberkatan..

Jam dah pukul 01:30 aku masih tak lekang memandang raut wajah mak.. wajah yang aku akan rindukan walaupun dia tak tahu.. rintih hati ni hanya allah je yang tahu..bila aku di Miat, sumpah setiap kali aku buat apa sekalipun,terutama bila aku nak makan, perkara pertama yang terlintas difikiran aku “apa la yang mak makan hari ni” . aku bukan baik, tapi aku sayang mak aku even macam mana keadaan dia sekalipun..buruk baik dia tu lah AKU sekarang ni..

Aku cuma suka berpesan, hargailah parents yang sayang kat kita, senangilah hati mereka, hulurkan bantuan tanpa disuruh dan paling penting BERBAKTILAH pada ibu dan bapa selagi mereka masih ada..

Aku pernah buat warkah buat mak, sila Klik Disini

p/s: hormatlah ibu dan bapa tak kira la ibu bapa angkat sekalipun, wajib untuk dihormati.. 

Thursday, March 15, 2012

khilafku dalam mencari sinar

hari ini aku merangkak dalam kegelapan,
apa yang aku nampak hanya kehitaman,
tiada sedikit pun nur yang mengiringiku,
dalam aku mencari nur itu sering kali aku tersungkur.

sering kali aku bertanya dalam diri ni??
apa yang aku inginkan,
memang khilafku sering leka,
tujuan aku wujud sebagai hambaNYA.

muasabah diriku masih tidak cukup,
bagi mengambarkan perasaanku,
liku-liku masih belengu di kotak pemikiranku,
tangan-tangan besi yang sering mahu hancurkan akalku.

aku perlukan nurMU,
agar dapatku melihat,
walaupun didalam kelam,
ia lebih bererti dari melihat dalam gelap.




p/s : terima kasih atas kesudian membaca..:)



Tuesday, May 3, 2011

tanda-tanda ajal sedang menungu kita...

Assalammualaikum..salam uhkuwah buat semua...

BACALAH DENGAN TELITI!!!

TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

terima kasih sebab sudi baca..entry kali ni sekadar untuk renungan kita bersama untuk sentiasa ingat mengigati antara 1 dengan yang lain..semoga kita semua dapat bersedia dengan ketentuannya..ingat la wahai manusia,sesungguhnya setiap yang hidup akan kembali padaNYA.. 
p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..


warkah dari anakmu buatmu ibu yang ku punya..

oh ibu...
sesungguhnya dirimu amat berharga buat diriku,
sesungguhnya dirimu tiada tandingan,
walaupun dikurniakan berjuta wanita,
tiada satu pun yang dapat mengantikanmu dihatiku.

oh ibu yang ku punya...
walaupun fitrahmu tidak seperti ibu-ibu yang lain,
walaupun rupamu elok dipandang,
tapi hakikatmu tiada yang mengerti,
amat berat penderitaanmu tiada yang peduli..

oh ibu yang ku punya...
walaupun dirimu tak sempurna akalmu,
walaupun kekurangan dirimu membataskan perbuatanmu,
anakmu ni amat senang dengan kehadiranmu,
tidak terlintas untuk rasa menyesal atas kurniaan ilahi.

oh ibu yang amatku rindui..
biarpun luaranku mengambarkan ketabahan hatiku,
walaupun bibit-bibit mukaku mengambarkan kegembiraanku,
hakikatnya diriku kosong tanpamu disisi,
tiada peneman untukku mengadu.

oh ibu yang ku punya..
walaupun sejak azaliku tidak mendapat kasih-sayangmu,
walaupun diriku tidak merasai erti kasih-sayang seorang ibu,
aku mengerti atas apa yang terjadi,
aku tak pernah menyalahkan mu ibu atas kekuranganmu.

oh ibu yang ku punya..
biarpun buruk sifatmu dimata yang melihat,
biarpun banyak tomahan dek keburukan perwatakanmu,
tapi, bagiku dirimu bidadari dihatiku,
tiada yang dapat mengantikan tempatmu sampai akhir hayatku.

terkadang aku terfikir..
kenapa masih ada yang sanggup buang ibu&bapa mereka,
adakah ia satu bebanan bagi mereka??
aku amat2 tak paham dengan golongan macam ni,
tu bukan manusia tapi.......

terkadang aku terfikir..
kenapa masih ramai bersikap kurang ajar pada orang tua mereka,
perasaan aku jadi geram,marah, benci tiap kali melihat semua ni,
kenapa mereka2 ni tak boleh hargai peluang yang selama ni aku nanti,
sedangkan aku yang berkehandak semua tu tak dapat..

yaALLAH..
sesungguhnya aku amat bersyukur atas pemberianmu terhadapku,
tiada rasa menyesal atas pemberianmu itu,
sesungguhnya engkau lebih mengerti dengan setiap yang engkau ciptakan,
dan aku yakin ada hikmah yang baik2 buat diriku..

buat ibuku yang ku punya hingga hayatku..
ingatlah tiada perasaan menyesal dengan apa yang terjadi terhadapmu,
sebab anakmu tahu, itu semua bukan kehendakmu,
anakmu terima seadanya dirimu..
dan paling penting yang perlu ibu tahu,anakmu ni amat kasihkanmu..

untuk terakhir kali wahai ibuku..
andai noktah terakhir ni buat anakmu ni,
anakmu ni hanya nak ibu tahu,
anakmu ni amat menyayangi ibu walaupun anakmu ni ego untuk tunjuk perasaan sayang tu,
buat ibuku yang ku punya, anakmu kasihkan ibu dan sentiasa rindukan ibu..

terima kasih sebab sudi baca..AJ amat menghargainya..AJ amat sentimental malam ni, hehe ntah la tak tahu nape?? pe yang AJ coretkan dalam entry AJ kali ni atas apa yang dah terjadi dalam kehidupan AJ..semoga korang semua mendapat menfaat darinya..sayang la ibu&bapa korang sebelum terlambat.. sila klik di SINI, semoga korang semua mendapat sesuatu bila tengok video ni..salam uhkuwah buat semua pembaca...assalamualaikum

p/s: hargailah ibu&bapa selagi ia masih ada,tiada kata terlambat untuk berubah..dah tiada guna nak meratap or menyesal bila kehilangan..sayangi kedua2nya dan bahagiakanlah mereka dengan kasih sayang dari anak yang soleh dan solehah.



Saturday, April 30, 2011

UP Network - Jana Untung Pantas

assalamulaikum semua...

ni adalah entry AJ kedua untuk ari ni, tak pernah2 buat entry buat entry lebih.. entry kali ni AJ nak kongsi kat korang semua pasal satu laman web ni...AJ baru pas terbaca td..rasa cam menarik untuk kongsi untuk teman2 semua..korang pernah dengar pasal TV UP Network..? 

TV UP Network ialah 1 siaran TV melalui jalur lebar merupakan satu lagi kecanggihan internet masa kini, di negara Asia Tenggara network ini masih agak baru dan masih ramai pengguna internet tidak berapa mengenali teknologi ini. Tapi kalau disebut Youtube atau download movie dan yang seaktu dengannya ramai yang akan faham. Penerangan lanjut tentang network ini boleh diikuti di laman website TV UP Network


melihat siaran HBO,ESPN,STAR MOVIES melalui computer??

korang leh dapatkan siaran TV UP Network di komputer korang sendiri tak pun kat komputer. tak pun korang leh tengok melalui i-Pad korang..senang kan?? tak payah da nak amik astro lagi.. dengan harga yang berpatutan korang leh tengok pelbagai siaran TV yang korang suke..tak de sapa nak marah pun..perisian yang hebat ni membolehkan korang untuk menonton pelbagai siaran TV UP Network melalui teknologi streaming. korang gak dapat menikmati akses penuh ke semua siaran TV UP Network dari mana-mana sahaja di seluruh dunia. hebat kan??
  

siaran TV UP Network boleh didapati dengan kos yang amat murah berbanding siaran TV berbayar yang lain. tiada peralatan tambahan yang diperlukan untuk menikmati servis ini. apa yang anda perlukan hanyalah keahlian serta perisian kami, komputer peribadi dan  Internet  klik kat sini kalau korang nak info lebih lanjut.

siaran hebat tanpa had??

kat TV UP Network diorang sediakan  siaran-siaran yang terbaik untuk pelanggan die. terdapat pelbagai rancangan menarik untuk sajian seluruh keluarga, contohnya rancangan kartun untuk kanak-kanak, rancangan realiti, rancangan muzikal, rancangan berita, rancangan berbentuk ilmiah, filem-filem menarik dan lain-lain lagi. Antara siaran yang bakal anda tonton di TV UP Network adalah Star Movies, HBO, CNN, MSNBC, BBC, Discovery dan ESPN.


Percayakah anda sambil menonton anda boleh jana lebih pendapatan? Dengan TV UP Network anda boleh lakukannya.


bagaimana caranya?

untuk langkah pertama bagi mereka yang nak tengok-tengok dulu mudah saja klik laman web ini TV UP Network dan korang daftar sebagai ahli percuma dahulu dan lihat bagaimana sistem ini berfungsi.
Selepas itu anda bolehlah menaiktarafkan keahlian sebagai ahli Premium. Tapi ni sebangai nasihat je,korang jangan menunggu terlalu lama untuk bertindak, kerana TV UP Network ini masih agak baru dan peluang anda masih sangat cerah untuk menmbah pendapatan dengan lumayan. 

terima kasih sebab sudi bace...semoga kita sentiasa mendapat ilmu yang bermanfaat..

p/s: tak salah kalau kita cuba sesuatu yang baru...