Assalamualaikum semua, salam kerahmah buat semua..
ketika nukilan dihasilkan jam didinding telah menujukkan pukul 12.45 malam 28/10/2012...
MAK!! Itulah yang ada difikiran aku taktala ini, disaat aku
mula titipkan ayat ini.. aku sangat hampir dengan mak..sayu hati aku melihat
muka mak bila mak tengah tidur.. memang tiap kebiasaan bila balik Johor memang
aku tidur dengan mak.. lantak la orang nak cakap aku ni anak mak ke tak..bagi
aku selagi aku masih ada masa,ada ruang, aku tak akan sia-siakan..
Tapi entri kali bukan
aku nak cerita pasal ‘anak mak’ ke ‘anak abah’ ke, aku anak dari kedua-duanya..
aku cuma nak kongsi cerita, apa yang aku rasa sejak aku masih mula meniti
kearah kedewasaan..disaat aku kosong dalam mencari arah hidup..disaat aku amat
perlukan kasih sayang seorang ibu, aku kurang sesuatu disitu..
Segalanya berubah bila mak lahirkan adik, mak jadi ganguan..ganguan
tu membuatan kehidupan kami sekeluarga jadi tak macam sebelumnya..tapi tak
perlu rasanya aku ceritakan disini tentang ganguan tu..banyak mulut-mulut yang
buat ‘dakyah’ yang bukan-bukan pasal mak..masa tu aku masih hijau, tak tahu apa
tu erti kehidupan, tapi siapa kita nak tolak takdir..aku perlu kuat untuk
membesar dengan acuan diri aku sendiri.. tapi…..aku cuma yakin dan aku sematkan
dalam diri aku dari aku kecil iaitu “allah tu dah sediakan perjalanan hidup
untuk aku dengan cantiknya, mungkin ini adalah antara ranjau dalam harus aku tempuhi
sebab aku yakin diakhir perjalanan tu akan ada nikmatnya yang selama ini aku
cari”
Mungkin dulu aku masih hijau, aku tak kenal yang maha
melihat.. aku selalu salahkan takdir mengapa aku, kenapa tak pada orang lain,
dan jiwa aku sangat kosong.. jahilnya aku dulu, banyak buruk sangka pada allah
selalu salahkan takdir. Dulu bila orang cakap mak gila, aku marah, aku belasah
orang tu.. bagi aku bergurau benda lain boleh tapi jangan sebut nama mak..masa
berlalu begitu pantas, kini aku lebih mengerti makna hikmah, apa itu redha..
bila aku mula paham semua tu, aku jadi lebih tenang..nikmat allah jadikan semua
ini..cantiknya perjalanan hidup aku ni.. syukur alhamdulillah J
Tujuan aku bukan nak buka pekung didada, aku harap dalam
bagi sedikit iktibar pada siapa yang membaca entri ini.. insyallah jika niat
kita ikhlas akan beri kesan pada orang yang membaca.. dewasa ini kita sering
dengar banyak kes buang parents, bagi aku semua tu tak patut berlaku.. sebab
bagi aku ibu bapa dah cukup bagi kasih dan sayang, cukup bagi perhatian, cukup
bagi segalanya..TAPI kenapa perlu biadap, kenapa sakitkan hati ibu dengan buat
semua tu.. SEDANGKAN aku ni, yang teringin nak merasa semua tu, aku tak dapat..akan tetapi tentu
sekali aku TAKKAN sesekali buat macam tu. Ingatlah siapa yang derhaka kepada ke
dua ibu bapanya hidup tak akan dapat keberkatan..
Jam dah pukul 01:30 aku masih tak lekang memandang raut
wajah mak.. wajah yang aku akan rindukan walaupun dia tak tahu.. rintih hati ni
hanya allah je yang tahu..bila aku di Miat, sumpah setiap kali aku buat apa
sekalipun,terutama bila aku nak makan, perkara pertama yang terlintas difikiran
aku “apa la yang mak makan hari ni” . aku bukan baik, tapi aku sayang mak aku
even macam mana keadaan dia sekalipun..buruk baik dia tu lah AKU sekarang ni..
Aku cuma suka berpesan, hargailah parents yang sayang kat
kita, senangilah hati mereka, hulurkan bantuan tanpa disuruh dan paling penting
BERBAKTILAH pada ibu dan bapa selagi mereka masih ada..
p/s: hormatlah ibu dan bapa tak kira la ibu bapa angkat
sekalipun, wajib untuk dihormati..