Saturday, April 23, 2011

amarah bumi pada manusia yang rakus dan tidak prihatin...

assalamualaikum...

sebenarnya sekarang ni tengah sibuk untuk menyiapkan report untuk praktikal tempoh hari, biasalah da last minute baru nak buat..kalau tak kena marah,memang tak siap lagi la report ni..heheh~ walau apa2 pun AJ akan amik sikit masa yang AJ ada untuk buat entry untuk hari ni...hope ada la yang sudi bace ye! sambil2 buat report tadi ,dengar mp3 kat laptop ni,tetiba keluar lagu zainal abidin - hujan..mesti korang tahu kan lagu tu?? lagu tu menceritakan pasal cinta pada alam..lebih kurang macam macam tu la...tetiba  AJ rasa dapat idea nak buat entry apa untuk kali ni...

dewasa ini AJ perhatikan bumi ini semakin hari semakin panas...cuaca global pun tak menentu..sampaikan tak dapat nak jangka..kadang-kadang itu dalam pukul 9 pagi pun cuaca macam tengah hari..panas sangat..! korang nak tahu tak macam mana iklim bumi ni kian berubah dari masa ke semasa, kat sini AJ akan cerita serba sedikit macam mana fenomena ni terjadi..pemanasan gobal ni boleh la dikatakan berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia..suhu bumi telah meningkat 2 darjah dan kadarnya tak sama mengikut benua..kajian dah dibuat dan mendapati benua artik lebih cepat jadi panas kalau nak dibanding dengan benua lain..

dan kajian jugak mengatakan,bukan AJ pandai2 cakap taw,huhu pakar2 sains dah meramalkan keseluruhan air laut akan cair pada musim panas 2099..korang nak tahu tak..mungkin masa jugak tu paras air laut pun akan naik secara mendadak sebanyak 7 meter..walaupun masa tu bagi korang semua jauh lagi..tapi bagi AJ keadaan ni amat membimbangkan sebab mungkin bumi ni dah tak mampu menampung penduduk bumi bila keadaan iklim yang tak menentu..lihat je sekarang ni,sana sini dilanda fenomina alam..contohnya tak perlu amik jauh2, dekat KL tu sekarang ni kerap banjir, nak cakap tahap kepanasan tu lagi la tinggi..korang sendiri sendiri pun tahu kan?? kat mana2 pun sama..

kenapa semua ni terjadi...pernah tak kita semua pikir?? AJ rasa seolah2 sekarang ni bumi tengah bertindak balas dengan tindakan manusia selama ni... cuba kita renung sejenak apa yang manusia dah lakukan terhadap bumi ni?? adakah bumi yang bersalah jika terjadi kejadian banjir, kemarau panjang, ribut taufan, puting beliung?? bagi AJ tak ada siapa yang lakukan semua tu selain kita MANUSIA..


cuba kita singkap balik dan pikir sedalam2nya dah berapa banyak hutan2 ditarah dengan sesuka hati, sampah dibuang merata2, pembakaran secara terbuka, dan banyak lagi kalau nak di ceritakan.. AJ tak nak cakap banyak la..cuma kita kena pikir dan kena bertindak sebangai seorang insan..buatlah untuk generasi akan datang...keadaan sekarang ni cukup membimbangkan...dah tak boleh nak dibiarkan lagi..kalau tak kita akan mewariskan bumi yang panas untuk anak dan cucu, cicit kita..

 sanggup ke kita hidup dalam keadaan macam ni..fikir2kan lah....


baru2 ni malaysia sama2 menyertai kempen earth hour yang diadakan diseluruh negara yang menyertainya dengan harapan dapat mengurangkan pemansan global..kempen ni bagi AJ amatlah bagus sebangai pemulaan sesuatu yang lebih serius lepas ni..mungkin lepas ni akan dilakukan tiap bulan..mana tahu kan? harapan AJ ialah bumi boleh kembali macam dulu, bukan kita je, tapi haiwan2 boleh hidup dengan aman.. 




terima kasih sudi baca...moga korang semua dapat menfaat daripada entry AJ kali ni.. sekian~

p/s : sayangi bumi kita!

Friday, April 22, 2011

happy sebab otai2 blogger sudi follow blog AJ! terharu sangat2...

asslamualaikum semua...

hehehe tetiba mood selama dua,tiga hari ni yang macam suram dalam diri AJ ni, dengan semulajadi jadi happy sampai senyum macaam kambing pun ada..huhu kalau nak ikutkan sebelum ni macam tak ada mood dah nak berblog lagi..bukan apa, sebab pening, kusut, macam mana nak buat entry..sampai duk depan laptop ni berjam2.tapi AJ teringat tips2 yang Izamir bagi..jangan berhenti menaip entry..walaupun 1 entry 1 hari..ermm sedih kan?? tapi AJ gagahkan gak buat entry walaupun isinya merapu...(sedar diri rupanya anakjawa ni) 

tapi malam ni, AJ rasa happy macam nak meloncat2 ke bintang...tapi AJ tak kan buat macam itu sebab nanti orang lain nampak cakap AJ ni gila pulak!.. sebenarnya apa yang buatkan AJ suka sangat sebab otai2 blogger yang AJ leh ibaratkan sebangai otai bagi AJ la, tak tahu korang lak..diorang sudi follow blog AJ..mungkin bagi korang2 semua, perkara ni normal..tapi bagi AJ ni satu perhargaan buat AJ yang masih baru ni...AJ rasa sangat2 dihargai oleh kalian2 semua..macam nak nangis je ni,tapi tak leh la..sebab abah selalu pesan laki tak leh nangis2..nanti tak macho katanya..hehe~


seribu perhargaan buat Budak Botak, Izamir, Fakhrul sebab korang sentiasa menaikkan semangat AJ bila AJ pergi melawat kat blog2 korang semua.. aikk?? tetiba rasa bersemangat nak buat entry ni..tak pernah2 macam ni..tiba2 je dapat aura..mungkin sebab happy sangat kot..tu yang jadi over excited..hehe 

AJ rasa bertuah sebab tak sia2 AJ selalu jenguk2 blog2 diorang ni...niat AJ melawat ke blog2 diorang ni hanya nak berkawan dan nak belajar macam mana diorang boleh jadi blogger yang terbaik..bukan terbaik yang AJ inginkan tetapi cukup la sekadar orang senang dengan AJ,cara AJ dan penulisan AJ..

AJ tak pernah harap diorang follow AJ punya blog ni,sebab AJ tahu dan AJ sedar kedudukan AJ masih jauh kalau nak bandingkan dengan diorang..cuma AJ harapkan nasihat yang membina dari semua orang..tak kira la sapa2 pun..AJ masih banyak kena belajar..tapi bila diorang jadi follewer ni,kira 1 bonus bagi AJ..AJ tak terpikirkan pasal follower..buat apa follower ramai sekali pun kalau entry AJ ni masih huru hara...betul tak kawan2?? tapi kalau ada yang nak jadi follower tu,AJ hargai sangat2..suka AJ simpan dalam ingatan AJ ni,jangan sesekali pikir jangan angap follower tu sebangai pengikut blog kita..tapi angap la follower ni sebangai kawan baik..insyallah kalau kita tak sombong,orang pun suka berkawan dengan kita kan?? kan?? kalau tak betul ye kan jela..hehe


rasanya setakat ni je entry buat kali ni..tak leh taip lama2..kang banyak melalut daripada bagi info..huhu hope korang sudi2  jenguk blog AJ lagi k..lagi sekali TOLONG TEGUR AJ kalau AJ ada buat salah or pasal pape jela..penting bagi AJ semua tu..:)) 

p/s : nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat.. 

terima kasih sudi baca dan selamat berkenalan~


     

Thursday, April 21, 2011

hati - hati dengan melamine..

Assalamualaikum semua..

Ari ni AJ xrasa nak kongsi aktiviti AJ hari..sebab kalau duk sibuk cerita pasal aktiviti harian je bosan gak…lagipun tak ada yang menarik pun dalam hidup AJ ni selain g kelas balik kelas..dari pagi sampai petang kat kelas je..agak membosankan~
Hari ni AJ ada sesuatu nak kongsi dengan korang2 semua..bagi AJ la kan menda yang AJ nak share kat korang ni penting dalam hidup kita seharian..mungkin ramai yang dah tahu pasal hal ni,tapi AJ nak kongsi jugak untuk kebaikkan kita semua..pernah tak korang semua dengar pasal melamine?? Ha! kalau yang dah tahu tu,boleh la angap apa yang AJ cakap ni sebangai penambah ilmu je..bagi yang tak tahu tu,yok! sama2 kita amik tahu..orang kata ilmu yang berguna melalui pembacaan..
 
Errmm secara logic akalnya Melamine ialah bahan organik yang terdapat secara meluas dalam rantaian makanan termasuk migrasi dari bahan plastik dan contact materials semasa pemprosesan dan pembungkusan. Korang nak tahu tak kesan melamine bila berada pada aras yang tinggi boleh mengakibatkan pembentukan batu karang pada ginjal korang dan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang. KKM (kementerian kesihatan malaysia ) dah tetapkan syarat buat masa ini action level buat melamine hanya 1 mg/kg bagi makanan bayi dan 2.5 mg/kg atau 2.5 bahagian setiapjuta (parts per million – ppm) bagi makanan lain.
 
Action level ini akan dikaji dari masa ke semasa berdasarkan perkembangan saintifik dan maklumat terkini tentang melamine ni..ermm korang nak tahu tak sebenarnya KKM dah kaji selidik lebih kurang 1,084 produk dari 37 syarikat dan produk2 tersebut tak mengandungi melamine..semua produk2 ni bebas daripada ramuan susu atau hasil tenusu diperolehi dari Negara Cina..

Walau bagaimanapun, pihak KKM sentiasa memantau produk dalam senarai tersebut. Sekiranya terdapat perlanggaran, tindakan tegas akan diambil dan didakwa di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara 2 selama tempoh tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya sekali. 

Ermm berat kan hukuman tu,tapi kalau dipikirkan balik, semua yang dibuat untuk memastikan kita semua mendapat makanan yang bersih dari segala bahan yang boleh memudaratkan kesihatan korang semua..dalam islam sendiri ada mengatakan, carilah sumber rezeki kamu daripada sumber yang halal,apa yang kita makan akan mempengaruhi fizikal dan tingkah laku kita sebenarnya..

Sampel produk2 yang diorang dah ambil akan dianalisis oleh Jabatan Kimia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Pusat Kawalan Doping di bawah Universiti Sains Malaysia dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan di bawah KKM bagi memastikan ia mematuhi standard sebelum dibenarkan untuk dijual di pasaran. Kalau korang2 semua masih ragu2 dengan apa yang AJ cakap ni,Korang boleh kilk kat sini..http://fsq.moh.gov.my



 melamine dipasaran

Jumlah Penyitaan Produk Makanan Yang Disyaki Tercemar
dengan Melamine
Bil. Kategori Jumlah
Penyitaan Nilai (RM)
1 Bijirin, Hasil Bijirin, Kanji dan Roti 83 7,599.00
2 Buah dan Hasil Buah 5 166.21
3 Ikan dan Hasil Ikan 5 50.60
4 Kekeras dan Hasil Kekeras 47 9,517.40
5 Konfeksi 1,449 462,586.98
6 Minuman Ringan 3 50.00
7 Produk Coklat 437 80,932.60
8 Susu dan Hasil Susu 360 84,178.77
9 Teh 1 12.50
JUMLAH 2,390 645,094.06
Angka kumulatif: 24/9/2008 hingga 4/10/2008

Produk Makanan Yang Dianalisa Dan Didapati
Mematuhi Standard Bagi Melamine
1. Chocolate Coated Wafer (Passion)
2. Oreo White Chocolate Wafer Stick (Kraft)
3. Mini Cornetto Chocomint & Tiramisu Flavoured (WALL’S)
4. Moo Soft Cookie Sandwich (Wall’s)
5. Susu Tepung 123 Honey (Dutch Lady)
6. Susu Berperisa Strawberry (Dutch Lady)
7. Susu Tepung Rumusan Bayi (Frisolac)
8. Mini Poppers Vanilla Flavoured (WALL’S)
9. Mini Poppers Strawberry Flavoured (WALL’S)
10. Honey Stars (Nestle)
11. Drumstick Minis Chocolate (Nestle)
12. Drumstick Minis Vanilla (Nestle)
13. Soft Cookies Sandwich (WALL’S)
14. Baby Bites Carrot (Take One)
15. Baby Bites (Take One)
16. Konfeksi ais perisa yogurt dengan buah pic, kismis dan
nenas (King’s Frutto)
17. Ais krim Perisa Vanilla dengan sos coklat (King’s)
18. Wall’s Mini Cornetto (WALL’S)
19. Susu Tepung Penuh Krim (Dailylac)
20. Susu Tepung Skim (Sunlac)
21. Chocolate (Ginnou)
22. Choco Pie With Marsh Mallow (ORION)
23. Cream Wafer Strawberry Flavour (Garden)
24. Pop Pan Spring Onion Crackers (Garden)
25. Milk Chocolate (M&M)
26. Snicker Peanut Bar (Snickers)
27. Coconut Flavour Wafer (Megas)
28. Ball Cake Biscuits (Want-Want)
29. Currant Biscuits (Bairong)
30. Konjac Biscuits (Fruit & Fibre Biscuits) (Golden Fuji)
31. Chocky Biscuits Coated Strawberry (Chocky Stick)
32. Chocolate (Cherir)
33. Custard Sandwich Biscuits (Tilen)
34. Sugarless Sesame Crackers (Dotin)
35. Cracking Biscuits (Tilen Food)
36. Yogurt Jelly (Strong)
37. Milk & Oat Biscuits (Golden Fuji)
38. Sour Chew Candy (Orange) (Magic Chew)
39. Milk Tea 3 in 1 Instant Tea (Origlo)
40. Biskut (Winnie the Pooh & Friends) (Disney)
41. Jelly (Romantic Crystal Love)
42. Cream Black Coffee Biscuits (Tilen)
43. Cream Biscuits (Hua Sheng)
44. Walnut Cookies (Yi Feng)
45. Seaweed (Rice Crackers) (Want Want)
46. Tasty Bear Biscuits with Strawberry & Chocolate Filling (Hapi)
47. Candy (Kong Chui)
48. Skip Jack Filling (Vigour 888)
49. Pudding Jelly Stick (Motion)
50. Genuine Fruit Pudding (Tian-Tian)


amalkanlah makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Semoga melalui enrty AJ kali ni,korang akan dapat tambah pengetahuan korang..walaupun tak banyak pun,sikit pun tak pe,tu lagi penting..orang jawa pernah berfalsafah,sharing is caring..hehee~  pas ni cuba la cek sesuatu barang tu bila nak beli..sebab sekarang ni banyak sangat produk2 yang dihasilkan dari sumber yang diragui..suke AJ igatkan diri AJ dan korang semua,jagalah permakanan kita sebab iainya sebahagian dari diri kita..ilmu yang bermanfaat adalah untuk dikongsi,bukan untuk kunci dalam peti untuk kegunaan sendiri…

 terima kasih sebab sudi baca,harap korang semua akan lawat blog AJ ni lepas ni..thanks!

p/s : Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Wednesday, April 20, 2011

alahai pengemis muda..

assalamualaikum semua...

baru2 ni AJ g kua bersiar2 dengan membe2 setelah agak lama tak berpeluang oleh sebab keterbatasan masa yang ada..sempat la AJ hang out sekitar KL,seharian jugak la kteorang berjalan..


tapi biasa la kan bila keluar tu mesti la kena cuci-cuci mata kan??tu dah memang wajib la..hehe dalam sibuk memerhatikan orang lalu lalang didepan AJ,tetibe pandangan tertumpu pada seorang budak kecil yang sedang ke hulu hilir..tanpa arah tujuan yang sebenar..seolah2 seperti seekor anak kucing kehilangan ibunya..lama AJ perhatikan gelagat budak ni dari jauh,tak lama lepas tu datang seorang hamba allah bagi duit kat budak tu.. owhhh dalam fikiran cakap budak ni pengemis rupanya..kesiannye~


lepas balik,malam tu AJ terfikirkan pasal pe yang AJ nmpak siang tadi,walaupun menda ni dah macam menda normal sekarang..tapi AJ terfikir sendri..budak tu xpatut ada kat tempat2 cam tu,mna parents mereka?? AJ xpernah cakap jadi pengemis tu hina,tapi budak semuda tu perlu sekolah..sebab mereka2 ni lah aset negara yang paling bernilai..amat la rugi kalau dibiarkan mereka2 ni terbiar tanpa dapat pndidikan yang secukupnya..


tapi dalam mase yang sama AJ terfikir,mungkin dalam keterpaksaan budak tu terpakse meminta2 macam tu..kita tak tahu masalah orang,tapi sebagai insan yang prihatin kadang2 xsanggup tengok sume tu..ibarat kalau semua tu terjadi pada batang hidung sndri.. pepatah ad berkata berat mata memandang,berat lagi bahu nak memikul.. so jangan cepat nak memhukum orang tanpa tahu hujung pangkalnya..


lagi satu yang membimbangkan AJ ialah dengan wujudnya sendekit2 yang paksa mereka2 yang dibawah umur ni mnjadi pengemis! AJ hope sangat budak yang AJ nampak ari tu budak daripada mereka2 tu semua..

p/s:Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk  menyambut kesempatan yang menjelma.



Tuesday, April 19, 2011

hatiku tertinggal di JB

erm assalamualaikum semua.. entry kali tak ada kena mengena dengan aktiviti AJ ari ni...cuma AJ nak share prasaan yang kesumat dihati ni..tetiba je teringatkan kat kampaung..alahai bila nak cuti ni..rindu bebeno kat orang kampung walaupun AJ tahu diorang bukan rndu kat AJ pun..uhuhuh
kat dalam kepala dah ingat nak balik je ni ha...rindu kat mak,kt nyet nyet ( kucing ksyangn aku),mmbe2 sume..:((
harap kalian semua dalam keadaan sihat... ermm sekarang ni AJ tak leh nak balik sebab busy dengan asgment belambak2 dan praktikal yang sentiasa on membataskan lagi masa yang ada tu... busy cam mengalahkan PM lak kan?? hopa AJ dapat bahagikan masa yang ada tu dengan sebaik2nya..

muka nak poyo je....

apa2 pun AJ hope korang sume kat sana jaga diri baik2,xnak la bila AJ blik t korang sakit2..ermm exam AJ dah xlama lagi ni...dah nak abis blaja pun..xthu lagi nak smbung ke x pas ni...AJ hope AJ dapat buat keputusan yang tepat untuk masa depan AJ..doakan AJ kat sini.. sekian~

p/s : tetiba ingat lagu sudirman - balik kampung...lalalalala~

Monday, April 18, 2011

first posting!

assalamualaikum...

rase neves bila first time nak publish posting pertama ni..actually AJ (AnakJawa) dah lame buat survey dekat blog2 yang terkenal seperti blog Yuyu Zulaikha..orangnya agak lawa,sedap mata untuk memandang, banyak menda yang AJ blaja dari blog si yuyu ni..first time terjah blog si kupukupukecik ni AJ da rase best sangaat..bukan best sbab ape?? best sbab dapat kongsi ape yang kite buat,ape yang kita rase dekat semua orangg..

kalau nak luahkan ape yang kite rase melalui perckapn kadang2 tu semestinya akan terungkap, kadang2 malu kn??  AJ harap sgt AJ akan diterima oleh bloger2 lain..tegur la AJ kalau AJ ada buat silap..AJ masih dalam proses berlaja..marah la apa yang patut bagi kuatkn cara pnulisan AJ ni k..

credit lagi skali buat  Yuyu Zulaikha sbab banyak bagi tips2 yang berguna..yela otai la katakn??hehe AJ rse cakup la untuk waktu dani tika ini AJ mengentry posting ptama AJ nie.. kehadiran AJ kat ruangan serba menacbar ni hanya untuk mengeratkn silaturrahim antara bloger2 semua..
terima kasih daun nipah kerana sudi bace..peace!

p/s :  Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.