Sunday, October 28, 2012

Kau Pertama Dan Terakhir Bagiku..

Assalamualaikum semua, salam kerahmah buat semua..

ketika nukilan dihasilkan jam didinding telah menujukkan pukul 12.45 malam 28/10/2012...

MAK!! Itulah yang ada difikiran aku taktala ini, disaat aku mula titipkan ayat ini.. aku sangat hampir dengan mak..sayu hati aku melihat muka mak bila mak tengah tidur.. memang tiap kebiasaan bila balik Johor memang aku tidur dengan mak.. lantak la orang nak cakap aku ni anak mak ke tak..bagi aku selagi aku masih ada masa,ada ruang, aku tak akan sia-siakan..

 Tapi entri kali bukan aku nak cerita pasal ‘anak mak’ ke ‘anak abah’ ke, aku anak dari kedua-duanya.. aku cuma nak kongsi cerita, apa yang aku rasa sejak aku masih mula meniti kearah kedewasaan..disaat aku kosong dalam mencari arah hidup..disaat aku amat perlukan kasih sayang seorang ibu, aku kurang sesuatu disitu..

Segalanya berubah bila mak lahirkan adik, mak jadi ganguan..ganguan tu membuatan kehidupan kami sekeluarga jadi tak macam sebelumnya..tapi tak perlu rasanya aku ceritakan disini tentang ganguan tu..banyak mulut-mulut yang buat ‘dakyah’ yang bukan-bukan pasal mak..masa tu aku masih hijau, tak tahu apa tu erti kehidupan, tapi siapa kita nak tolak takdir..aku perlu kuat untuk membesar dengan acuan diri aku sendiri.. tapi…..aku cuma yakin dan aku sematkan dalam diri aku dari aku kecil iaitu “allah tu dah sediakan perjalanan hidup untuk aku dengan cantiknya, mungkin ini  adalah antara ranjau dalam harus aku tempuhi sebab aku yakin diakhir perjalanan tu akan ada nikmatnya yang selama ini aku cari”

Mungkin dulu aku masih hijau, aku tak kenal yang maha melihat.. aku selalu salahkan takdir mengapa aku, kenapa tak pada orang lain, dan jiwa aku sangat kosong.. jahilnya aku dulu, banyak buruk sangka pada allah selalu salahkan takdir. Dulu bila orang cakap mak gila, aku marah, aku belasah orang tu.. bagi aku bergurau benda lain boleh tapi jangan sebut nama mak..masa berlalu begitu pantas, kini aku lebih mengerti makna hikmah, apa itu redha.. bila aku mula paham semua tu, aku jadi lebih tenang..nikmat allah jadikan semua ini..cantiknya perjalanan hidup aku ni.. syukur alhamdulillah J

Tujuan aku bukan nak buka pekung didada, aku harap dalam bagi sedikit iktibar pada siapa yang membaca entri ini.. insyallah jika niat kita ikhlas akan beri kesan pada orang yang membaca.. dewasa ini kita sering dengar banyak kes buang parents, bagi aku semua tu tak patut berlaku.. sebab bagi aku ibu bapa dah cukup bagi kasih dan sayang, cukup bagi perhatian, cukup bagi segalanya..TAPI kenapa perlu biadap, kenapa sakitkan hati ibu dengan buat semua tu.. SEDANGKAN aku ni, yang teringin nak merasa semua tu, aku tak dapat..akan tetapi tentu sekali aku TAKKAN sesekali buat macam tu. Ingatlah siapa yang derhaka kepada ke dua ibu bapanya hidup tak akan dapat keberkatan..

Jam dah pukul 01:30 aku masih tak lekang memandang raut wajah mak.. wajah yang aku akan rindukan walaupun dia tak tahu.. rintih hati ni hanya allah je yang tahu..bila aku di Miat, sumpah setiap kali aku buat apa sekalipun,terutama bila aku nak makan, perkara pertama yang terlintas difikiran aku “apa la yang mak makan hari ni” . aku bukan baik, tapi aku sayang mak aku even macam mana keadaan dia sekalipun..buruk baik dia tu lah AKU sekarang ni..

Aku cuma suka berpesan, hargailah parents yang sayang kat kita, senangilah hati mereka, hulurkan bantuan tanpa disuruh dan paling penting BERBAKTILAH pada ibu dan bapa selagi mereka masih ada..

Aku pernah buat warkah buat mak, sila Klik Disini

p/s: hormatlah ibu dan bapa tak kira la ibu bapa angkat sekalipun, wajib untuk dihormati.. 

No comments:

Post a Comment